Friday, March 27, 2009

Perginya dia...

Tarikh 28 Oktober 2008 merupakan detik hitam dalam diriku. Emak yang kukasihi akhirnya pergi menghadap Ilahi setelah sembilan hari berada di hospital. Aku tidak menggunakan istilah 'terlantar di hospital' kerana pada hemat aku, emak tidak terlantar, malah aku melihat emak semakin pulih setelah beberapa hari di hospital. Namun kita tidak dapat melawan kehendak takdir...Detik pahit ini terpaksa kulalui sendirian kerana pada ketika itu hanya aku yang berada di sisi emak di hospital. Sungguh...demi Rabbul Jalil...aku tidak mahu lagi mengalami detik itu. Tidak sekali-kali. Detik doktor datang padaku lalu mengatakan, "maafkan saya kak, ibu kakak tidak dapat diselamatkan, kami sudah cuba sedaya upaya". Ayat itu seolah-olah mencabut seluruh nyawaku sendiri. Hampir pengsan aku di situ. Buntu aku. Aku hanya mampu menangis...apa yang harus aku lakukan...

2 comments:

  1. Bersabarlah Cikgu Dahlia....
    Banyakkan berdoa....mohon kepada Illahi
    Semoga alllahyarhamah bonda tercinta akan dilimpahi rahmatNya. Al-fatihah.....

    ReplyDelete
  2. Tahniah Lia! Pandai buat blog. Sangat menarik. Kak Zu juga nak ucapkan terima kasih sebab ajar akak buat blog. Tengoklah blog kak zu dan berikan komen. Ok

    ReplyDelete