Friday, March 27, 2009

Kajian Bulan Kelahiran (Januari)

KAJIAN 25 TAHUN DATO' FADZILLAH KAMSAH KAREKTOR KELAHIRAN MANUSIA (JANUARI) Bercita-cita tinggi dan orangnya serius Suka mendidik dan dididik Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan Suka smart, kemas dan teratur Bersifat sensitif, berfikiran mendalam Pandai mengambil hati orang lain Pendiam kecuali telah dirangsang Agak pemalu Daya tumpuan yang sangat tinggi Mudah mendisiplinkan diri sendiri Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya Cukup sayang pada kanak-kanak Suka duduk di rumah Setia pada segala-galanya Perlu belajar kemahiran sosial Cukup cemburu yang sangat tinggi

Alhamdulillah...

Tadi rasa mcm budak 5 Abu Daud masa mula-mula belajar buat blog ni. Tapi sekarang ni terasa mcm budak 5 Bukhari pulak. 5 Ibnu Sina belum capai lagi kut. Tengoklah dalam seminggu dua ni. Lebih dari 5 Ibnu Sina agaknya. Tapi persoalannya...ada masa ke nak tengok blog ni nanti. Opsss kertas soalan belum stapler lagi!!!

Perginya dia...

Tarikh 28 Oktober 2008 merupakan detik hitam dalam diriku. Emak yang kukasihi akhirnya pergi menghadap Ilahi setelah sembilan hari berada di hospital. Aku tidak menggunakan istilah 'terlantar di hospital' kerana pada hemat aku, emak tidak terlantar, malah aku melihat emak semakin pulih setelah beberapa hari di hospital. Namun kita tidak dapat melawan kehendak takdir...Detik pahit ini terpaksa kulalui sendirian kerana pada ketika itu hanya aku yang berada di sisi emak di hospital. Sungguh...demi Rabbul Jalil...aku tidak mahu lagi mengalami detik itu. Tidak sekali-kali. Detik doktor datang padaku lalu mengatakan, "maafkan saya kak, ibu kakak tidak dapat diselamatkan, kami sudah cuba sedaya upaya". Ayat itu seolah-olah mencabut seluruh nyawaku sendiri. Hampir pengsan aku di situ. Buntu aku. Aku hanya mampu menangis...apa yang harus aku lakukan...

Aku seorang guru...


Aku seorang guru bahasa Melayu. Tugas sebagai guru bahasa ini sememangnya mencabar. Namun aku mencintai kerjayaku ini. Biarpun satu hari nanti andai aku tidak berkhidmat di sekolah lagi, namun kerjaya sebagai seorang pendidik tidak akan berhenti setakat ini.

Salam perkenalan


Hari ini hari pertama aku berkenalan dengan blog. Nak tulis apa agaknya... Teruja aku rasa apabila diberi peluang membina laman blog aku sendiri. Dulu hanya dapat membaca blog orang lain. Sekali-sekala diberi peluang begini, pasti tidak akan aku lepaskan.

Tadi sebelum melangkah keluar dari rumah,sempat juga aku memasakkan nasi lemak untuk anak-anak dan suamiku. Tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri harus aku laksanakan sebelum aku menunaikan tugas pada negara.
Inilah blog ku yang pertama.